Tuesday, 31 May 2011

Cuti Hujung Minggu

Sabtu lepas, ina balik ke Kota Tinggi, dah janji dengan anak saudara nak buatkan dia makaroni bakar sebelum dia sambung belajar... so hari sabtu sampai sahaja ke Kota Tinggi terus wat makaroni bakar di rumah kakak.  Tetapi lupa nak snap gambar makaroni yang telah siap dibakar ;) Iya la, saya ni kan budak baru belajar ber 'blog' hihihi... Di sini ina masukkan resepi makaroni bakar tetapi ina dah lupa di mana ina mengambil resepi tersebut... Anyway thanks to owner recipe... although it's a simple recipe but yummy...

Makaroni Bakar

Bahan-bahan:

300 gm makaroni (direbus)
250 gm daging cincang2 labu bawang besar
3 sudu rempah kari
1 tin susu cair
1 cawan air
Minyak untuk menumis
Garam

Topping:
Sedikit keju parut
4 biji telur dipukul hingga kembang

Cara-cara:
Tumis bawang besar yang telah dihiris dan rempah kari.  Setelah naik bau, masukkan daging cincang.  Setelah daging sebati, masukkan susu cair, garam dan gula.  Setelah mendidih, masukkan makaroni dan air.  kacau lagi sehingga sedikit kering dan letak ke dalam acuan.  Sebelum itu acuan makaroni hendaklah disapu dengan sedikit minyak supaya ia tidak melekat.  Setelah itu, curahkan telur yang telah dipukul hingga kembang dan taburkan keju parut di atasnya.  Bakar pada ketinggian suhu 180 C selama 45 minit atau sehingga masak.

No comments:

Post a Comment