ina's recipes
Tuesday, 14 June 2011

<embed src="http://widget-c9.slide.com/widgets/slidemap.swf" type="application/x-shockwave-flash" quality="high" scale="noscale" salign="l" wmode="transparent" flashvars="cy=bb&il=1&channel=2161727821166184649&site=widget-c9.slide.com" style="width:400px;height:400px" name="flashticker" align="middle"></embed>

Tuesday, 31 May 2011
Cuti Hujung Minggu
Sabtu lepas, ina balik ke Kota Tinggi, dah janji dengan anak saudara nak buatkan dia makaroni bakar sebelum dia sambung belajar... so hari sabtu sampai sahaja ke Kota Tinggi terus wat makaroni bakar di rumah kakak. Tetapi lupa nak snap gambar makaroni yang telah siap dibakar ;) Iya la, saya ni kan budak baru belajar ber 'blog' hihihi... Di sini ina masukkan resepi makaroni bakar tetapi ina dah lupa di mana ina mengambil resepi tersebut... Anyway thanks to owner recipe... although it's a simple recipe but yummy...
Makaroni Bakar
Bahan-bahan:
300 gm makaroni (direbus)
250 gm daging cincang2 labu bawang besar
3 sudu rempah kari
1 tin susu cair
1 cawan air
Minyak untuk menumis
Garam
Topping:
Sedikit keju parut
4 biji telur dipukul hingga kembang
Cara-cara:
Makaroni Bakar
Bahan-bahan:
300 gm makaroni (direbus)
250 gm daging cincang2 labu bawang besar
3 sudu rempah kari
1 tin susu cair
1 cawan air
Minyak untuk menumis
Garam
Topping:
Sedikit keju parut
4 biji telur dipukul hingga kembang
Cara-cara:
Tumis bawang besar yang telah dihiris dan rempah kari. Setelah naik bau, masukkan daging cincang. Setelah daging sebati, masukkan susu cair, garam dan gula. Setelah mendidih, masukkan makaroni dan air. kacau lagi sehingga sedikit kering dan letak ke dalam acuan. Sebelum itu acuan makaroni hendaklah disapu dengan sedikit minyak supaya ia tidak melekat. Setelah itu, curahkan telur yang telah dipukul hingga kembang dan taburkan keju parut di atasnya. Bakar pada ketinggian suhu 180 C selama 45 minit atau sehingga masak.
Tuesday, 24 May 2011
resipi tiramisu yang menggunakan sponge kek
Tiramisu Sponge Cake yang telah dihias menggunakan chocolate syrup |
Bahan-bahan untuk Kek Span :
150 gm tepung Superfine
150 gm gula kastor
5 biji telur gred A
15 ml ovalette (bersamaan dengan 1 sudu besar)
80 ml minyak jagung / butter cair
5 ml serbuk penaik ( 1 sudu teh)
1 sudu kecil esen vanila
Cara membuatnya :
- Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan, pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
- Perlahankan kelajuan dan masukkan esen vanilla, pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit atau sehingga adunan kek benar-benar ringan.
- Tuankan minyak / mentega cair de dalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
- Sediakan dulang pembakar berukuran 8 ", griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
- Bila dan masak, keluarkan dari oven dan telangkupkan di atas redai kek, lebih kurang 5 minit.
KRIM TIRAMISU
bahan2nya:
250 gm cream cheese
250 ml whipping cream
150 gm gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
Cara2nya:
- Satukan cream cheese dan gula. Selepas itu, masukkan sedikit demi sedikit whipping cream dan pukul sehingga kembang.
*Nota
Ambil kek dan sapukan dengan sedikit bancuhan nescafe, selepas itu barulah disapukan dengan cream tiramisu. Setelah siap, hendaklah ditaburkan dengan serbuk koko... serbuk koko tidak perlu banyak kerana jika diletak dengan kuantiti yang banyak akan membuatkan kek tiramisu ini akan terasa pahit. Hiasan mengikut kreativiti sendiri...
Selain Kek Span, ia juga boleh menggunakan biskut marie atau biskut ladyfinger... caranya, hanya celup biskut tersebut pada bancuhan air nescafe dan susur di dalam bekas dan sapukan krim tiramisu, dan buat sehingga beberapa lapisan...
Monday, 23 May 2011
Belajar cara2 membuat kek tiramisu & aiskirm
Dua hari yang menyeronokkan... sabtu dan ahad saya telah pergi ke kursus tiramisu dan aiskrim di Kolej Komuniti PG yang dianjurkan oleh Puspanita daerah JB... selama ini saya hanya beli sahaja di kedai... tetapi bila dh masuk kursus ni rupa2nya nak membuatnya senang sangat... bahan2 nya tidak banyak cuma harganya sahaja lah yang mahal sedikit... tapi takpe sebab dah minat tiramisu... akan ku cuba sendiri di rumah nanti... bila ada kesempatan saya akan upload gambar tesebut...
Subscribe to:
Posts (Atom)