Tuesday 24 May 2011

resipi tiramisu yang menggunakan sponge kek

Tiramisu Sponge Cake yang telah dihias menggunakan chocolate syrup
Baru hari ni dapat menaip resepi yang dipelajari di kursus membuat tiramisu n aiskrim... Terima kasih kepada guru yang mengajar kelas tiramisu n aiskrim, tanpa kursus tersebut, mungkin saya tidak tahu bagaimana nak buat tiramisu...

Bahan-bahan untuk Kek Span :
150 gm tepung Superfine
150 gm gula kastor
5 biji telur gred A
15 ml ovalette (bersamaan dengan 1 sudu besar)
80 ml minyak jagung / butter cair
5 ml serbuk penaik ( 1 sudu teh)
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya :
  1. Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan, pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan esen vanilla, pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit atau sehingga adunan kek benar-benar ringan.
  3. Tuankan minyak / mentega cair de dalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. Sediakan dulang pembakar  berukuran 8 ", griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak.  Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
  5. Bila dan masak, keluarkan dari oven dan telangkupkan di atas redai kek, lebih kurang 5 minit.
KRIM TIRAMISU

bahan2nya:
250 gm cream cheese
250 ml whipping cream
150 gm gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)

Cara2nya:
  1. Satukan cream cheese dan gula.  Selepas itu, masukkan sedikit demi sedikit whipping cream dan pukul sehingga kembang.
 *Nota
Ambil kek dan sapukan dengan sedikit bancuhan nescafe, selepas itu barulah disapukan dengan cream tiramisu.  Setelah siap, hendaklah ditaburkan dengan serbuk koko... serbuk koko tidak perlu banyak kerana jika diletak dengan kuantiti yang banyak akan membuatkan kek tiramisu ini akan terasa pahit.  Hiasan mengikut kreativiti sendiri...

Selain Kek Span, ia juga boleh menggunakan biskut marie atau biskut ladyfinger... caranya, hanya celup biskut tersebut pada bancuhan air nescafe dan susur di dalam bekas dan sapukan krim tiramisu, dan buat sehingga beberapa lapisan...

No comments:

Post a Comment